Taiwan Hari Guru

Hari Guru di Taiwan disambut pada 28 September. Ia merupakan hari yang menghargai jasa, keperitan dan juga sumbangan mereka bukan sahaja kepada pelajar-pelajar tetapi juga kepada seluruh masyarakat. Orang ramai biasanya menggunakan hari berkenaan untuk mengzahirkan penghargaan kepada guru mereka, seperti melawat mereka atau memberikan kad kepada guru mereka. Tarikh berkenaan dipilih pada masa kelahiran Confucius, dipercayai menjadi satu model pendidik dalam China purba.

Dalam tahun 1939, Kementerian Pelajaran telah mengadakan cuti kebangsaan pada 27 Ogos, hari jadi Confucius. Akan tetapi dalam tahun 1952, Eksekutif Yuan telah menukar tarikh berkenaan kepada September, dengan alasan bahawa ia telah dikira sebagai tarikh yang tepat dalam kalendar Gregorian.

Majlis keraian wujud di kuil-kuil Konfucius di sekeliling pulau berkenaan, dikenali sebagai Majlis Besar-besaran Dedikasi kepada Konfucius (祭孔大典). Mejlis berkenaan bermula pada 6 pagi dengan pukulan drum. 54 pemuzik berpakaian dalam 'robes' dengan talipinggang biru, 36 (atau 64) penari berpakaian kuning dengan talipionggang hijau. Mereka telah didahului dan diikuti oleh pegawai-pegawai majlis. Tiga binatang -- lembu, kambing dan babi -- telah dikorbankan. Rambut yang ditarik daripada ketiga-tiga korban ini dipanggil Rambut-rambut Pintar.

Tambahan pula, institut-institut pendidikan tempatan dan para pegawai awam menganugerahkan guru-guru tertentu kerana kecemerlangan dan pengaruh mereka.